PLATINUM & GOLD AWARD - TOGETHER TRANSFORMING EDUCATION, INTERNATIONAL QOLLOQUIUM ON EDUCATION AND SOCIAL SCEIENCE (TTE 2.)

 Hello Hai.. Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian...

Inilah penglibatan pertama eqa bagi pertandingan kajian tindakan. Dibimbing oleh Puan Lily Sintum (SISC+ Unit TVET) , Tuan Jerry Phillip (SISC+ Unit TVET) dan Puan Naneh@Nanny binti Jebod

Kolokium ini dilaksanakan secara dalam talian kerana pada masa itu, Pandemik Covid19 melanda dunia. Eqa sangat gementar, sebab ini kali pertama eqa sertai pertandingan seperti ini. Syukur masa ni, eqq dah sertai Akademi Youtuber yang banyak sangat membina daya keyakinan dalam diri untuk berani bercakap dan berinteraksi di Alam Maya.

Paling tidak sangka, penyertaan kali pertama ini, eqa telah menerima Gold Award. Malah, eqa juga menerima Anugerah Platinum.. Allahuakbar.. memang sungguh tak sangka. 

Eqa percaya, things happen for a reason. Inilah titik permulaan untuk eqa lebih berani dan yakin dengan diri sendiri. Namun, tidaklah banyak mana yakinnya tu.. hehehe.. eqa masih ikan bilis πŸ˜†

 Namun kini, eqa berani untuk mengambil satu langkah ke hadapan, memasuki satu dunia baru. Yakni, dunia kajian tindakan dan inovasi. Masih banyak yang perlu eqa pelajari dan perbaiki. InShaaAllah, impian eqa, ingin memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi guru, ibubapa dan kanak-kanak. Masih jauh perjalanan impian ini.. moga eqa kuat semangat! πŸ’ͺ dan sentiasa diberikan keSihatan yang baik buat diri eqa dan keluarga eqa.

InShaaAllah..

Jom Saksikan, Pembentangan eqa, bagi Kolokium ini 😁

https://www.youtube.com/watch?v=g8U9F1rHiyQ





Alhamdulillah
 ❤️ ThankYou Allah ❤️

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.